Sunday, October 14, 2018

Tarikan Pelancongan di Sabah

Agensi Pelancongan TRW



Objektif Agensi Pelancongan TRW:
1. Menyediakan tarikan pelancongan kepada pelancong
2. Memperkenalkan tarikan di negara kepada pelancong luar mahupun dalam negara
3. Menarik pelancong untuk melawat negara kita


Navigasi Agensi Pelancongan TRW

Syarikat ini menyediakan pakej-pakej pelancongan yang ada di negara kita iaitu negara Malaysia. Malaysia terkenal dengan pelbagai khazanah dan ciptaan manusia untuk dijadikan tarikan pelancongan kepada pelancong yang datang atau melawati Malaysia. Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun. Antara pakej-pakej pelancongan di negara kita ialah seperti di bawah.

Pakej 4hari 3malam di Sabah
Tentatif Pakej Sabah
  • Tentatif berikut adalah tertakluk kepada perubahan. Tengok keadaan cuaca juga. Kami berharap cuaca mengizinkan untuk perjalanan kita nanti.
  • Untuk mengubah tentatif sedia ada, amatlah dialu-alukan. Mungkin harga ada sedikit penambahan / pengurangan mengikut tentatif yang diinginkan.
HARI PERTAMA (Jelajah Kundasang & Taman Kinabalu)
– Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA)
– Bertolak ke kundasang (perjalanan mengambil masa 2 jam)
– Rumah terbalik
– Pekan Nabalu
– Pekan Kundasang
– Bermalam di Kundasang (penginapan disediakan)
– Makan malam
HARI KEDUA (Kundasang Trip)
– Sarapan Pagi
– Desa Cettle Farm (Malaysia Newzeland)
– Kinabalu Park (Timpohon Gate)
– Poring Hot Spring (Bermandi manda -*sediakan baju mandi*)
– Canopy Walk
– Massage fish (tagal)
– Makan tengahari
– Singgah di gerai sayur-sayuran dan buah-buahan (Pekan Kundasang)
– Bertolak balik ke Kota Kinabalu
– Makan malam
HARI KE-3 (Menerokai Taman Laut )
– Bertolak ke Jesselton Point (Jeti)
– Bertolak ke Pulau Manukan (mengambil masa 20 minit)
(disediakan asas – snorkel mark dan life jacket)
– Bergerak ke Pulau sapi
– Makan Tengahari
– Aktiviti bebas di pulau batu sapi
– Menaiki bot ke jeti (balik)
– Kembali ke penginapan
– Makan malam
HARI KE-4 Sabah Ole-Ole Kraf tangan (Handicraft Market)
– Daftar keluar penginapan
– Membeli belah di lokasi pilihan
– Pasar Budaya (Kota Kinabalu Central Market)
– Barangan Kraftangan keropok & kerepek tempatan serta makanan laut kering (Sinsuran)
– Kraftangan tekstil, Mutiara Sabah & eksesori wanita muslimah
– Santai melihat pemandangan di signal hill (Kota Kinabalu view point)
– Santai melihat pemandangan Bukit Kokol
– Bertolak ke KKIA
Pakej Sabah 2018 (Pakej 4H3M) yang TERMASUK:✅ Homestay Kota Kinabalu
✅ Homestay/bilik Kundasang
✅ Kereta Van / Exora
✅ Pick up & Transfer Airport
✅ Driver
✅ Minyak kenderaan
✅ Penginapan Driver
✅ overcharge Driver
Pakej Sabah 2018 (Pakej 4H3M) yang TAK TERMASUK:❌ Tiket Tempat lawatan
❌ Ubat-ubatan
❌ Tiket Flight
❌ Wang saku


Contoh-contoh pakej-Pakej Pelancongan yang ditawarkan:





  












No comments:

Post a Comment